Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Batalion ke-20 RAMD tanam pokok, sambut ulang tahun ke-47
diterbitkan pada 11 March 2024

Pasukan Batalion ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 11 Mac 2024 di kem batalion tersebut di Miri, Sarawak sempena sambutan ulang tahun ke-47.

Aktiviti penanaman dengan bantuan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merupakan sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia dan Greening Sarawak Campaign.

Sebanyak 350 anak pokok asli pelbagai spesies seperti gaharu (Aquilaria beccariana), selangan batu pinang (Shorea havilandii) dan meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia) sumbangan JHS ditanam oleh 100 staf Pejabat Hutan Wilayah Miri dan anggota RAMD.

Turut hadir, Mejar Mohd Haiqal Roslan, Pegawai Gerakan Batalion ke-20 RAMD dan Asan Odau, Pegawai Hutan Wilayah Miri.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my