Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JHS tanam 3,000 engkabang jantong, terima pengiktirafan MBR
diterbitkan pada 21 March 2024

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah menanam 3,000 pokok engkabang jantong (Shorea macrophylla) dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi 'Most Shorea macrophylla Tree Planting in an Event'.

Aktiviti penanaman di Hutan Simpan Sabal, Simunjan ini diadakan pada 21 Mac 2024 sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024.

Aktiviti anjuran Bahagian Restorasi dan Hutan Industri JHS ini melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada staf JHS serta sukarelawan Japan Malaysia Association dan komuniti Sabal.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Hutan, Happysupina Sait. Laporan mengenai aktiviti ini juga disiarkan pada segmen Cerita Pagi Sarawak dalam Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my