Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Premier Sarawak tanam pokok ke 35-juta Sarawak
diterbitkan pada 08 June 2024

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah menanam pokok belian (Eusideroxylon zwageri) yang merupakan pokok ke-35 juta di Sarawak bawah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021 - 2025) sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Sarawak pada 8 Jun 2024 di Hutan Simpan Sabal, Simunjan.

Penanaman pokok ke-35 juta ini juga menandakan Sarawak telah berjaya mencapai sasarannya lebih awal daripada 2025.

Aktiviti-aktviti lain majlis sambutan termasuk:

  • Pameran Inovasi Perhutanan;
  • Pertukaran MoU Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Hutan Sarawak dan Bintulu Holdings Berhad;
  • Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record bagi "Most Shorea macrophylla Tree Planting in an Event"; serta
  • Penyampaian Anugerah dan Penghargaan kepada organisasi dengan penanaman terbanyak di peringkat negeri bawah Kempen Penanaman 100 Juta Pokok mengikut kategori.

Sumber: Jabatan Hutan Sarawak

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my