Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM sumbang pokok bagi program perkhemahan BBMWP
diterbitkan pada 11 June 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyumbangkan 30 anak pokok bagi Program Perkhemahan Unit Beruniform anjuran Briged Bakti Malaysia Wilayah Persekutuan (BBMWP) yang diadakan pada 10-12 Jun 2024.

Seramai 100 pelajar di Kuala Lumpur yang menyertai program perkhemahan tersebut telah menanam pokok-pokok di Kebun Bandar Sg. Bunus, Titiwangsa pada 11 Jun 2024. Beberapa anak pokok lain juga diserahkan kepada wakil sekolah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) BBMWP untuk ditanam di sekitar sekolah dan tempat tinggal AJK.

Turut hadir, Zawiah Abdul Shukor, Pengarah Latihan dan Pendidikan BBMWP.

Pokok-pokok sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM terdiri daripada kelat paya (Syzygium campanulatum), asam gelugur (Garcinia atroviridis), keriat (Aglaia korthalsii), rambai (Baccaurea motleyana), sentul (Sandoricum koetjape), dan jambu bol (Syzygium malaccense).

Program perkhemahan tersebut ini diadakan bagi memenuhi kandungan modul Briged Bakti Malaysia, iaitu Santuni Alam Sekitar. Aktiviti penanaman pokok turut diadakan bagi menyokong Kempen Penanaman 100 juta pokok.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my