Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Azbil, Kyudenko tanam pokok di FRIM, rai Hari Alam Sekitar Sedunia
diterbitkan pada 22 June 2024

Azbil Malaysia Sdn Bhd dan Kyudenko Malaysia Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 22 Jun 2024 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Keiji Hashimoto, Pengarah Urusan Azbil Malaysia Sdn Bhd.

Keiji menekankan bahawa aktiviti penanaman pokok adalah penting bagi generasi akan datang dan mereka bertuah kerana berpeluang menyumbang kepada penjagaan alam.

Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin menyampaikan taklimat keselamatan manakala Mohammad Bohari Ehwan, Urusetia CSR pula menunjukkan cara penanaman pokok yang betul.

Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), damar minyak (Agathis borneensis), merawan siput jantan (Hopea odorata), pelong licin (Pentaspadon motleyi) and merawan jangkang (Hopea nervosa) berjaya ditanam oleh 38 peserta.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my