Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

FRIM tanam pokok di SAMER
diterbitkan pada 22 June 2024

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) pada 22 Jun 2024 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia-Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Aktiviti anjuran Cawangan Pemuliharaan dan Biodiversiti Informatik (PULIH), Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM ini dimulakan dengan ucapan oleh Ketua PULIH, Dr Hamidah Mamat. Turut hadir, Pengetua SAMER, Ea'dil Mat.

Demonstrasi penanaman penjagaan dan cara merekod tumbesaran pokok dibuat oleh Muhammad Alif Azyraf Azmi dan Tan Kok Kiat.

Satu pokok bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), bunga kebangsaan ditanam sebagai gimik perasmian.

Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 3 bersama lima guru terlibat dalam menanam 30 pokok sumbangan FRIM yang terdiri daripada sentul (Sandoricum koetjape), jambu bol (Syzygium malaccense), kerian dot (Syzygium cumini), kelat nasi (Syzygium zeylanicum), rambai tiung (Baccaurea ramiflora), petai (Parkia speciosa), kayu manis (Cinnamomum sp.), jambu jepun (Psidium cattleianum), sekiat/keriat (Aglaia korthalsii) dan avocado (Persea americana) di sekitar kawasan sekolah.

Tiga pokok bunga raya serta tumbuhan ubatan kacip fatimah (Labisia pumila) dan tongkat ali (Eurycoma longifolia) juga disumbangkan kepada pihak sekolah.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my