Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan sesi ceramah bertemakan, 'Safeguarding our green havens: Urban and natural forest conservation' pada 29 Jun 2024 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.
Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr Wan Shukri Wan Ahmad menyampaikan ucapan alu-aluan pada sesi yang dihadiri 28 peserta di Galeri Penyelidikan FRIM. Turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee dan Pegawai Media, Lim Chung Lu.
Saintis Hutan FRIM, Nur Hajar Zamah Shari dan Arboris, Abdul Hayat Mat Saad membincangkan kepentingan hutan semula jadi dan bandar, serta menjelaskan peranan hutan dalam biodiversiti kita, pengawalan iklim dan kesejahteraan rakyat.
Selepas ceramah dan soal jawab, sesi demonstrasi dijalankan oleh Penolong Pegawai Penyelidik, Harfendy Osman bagi menunjukkan cara mengumpul data dalam hutan seperti sukatan diameter pokok dan penggunaan laser rangefinder manakala Abdul Hayat menunjukkan cara menilai kesihatan pokok dan penggunaan PiCUS Sonic Tomograph.
Para peserta juga menerima diberi anak-anak pokok kelat paya (Syzygium papillosum) sumbangan Tapak Semaian Utama FRIM bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my