Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

STM Sdn. Bhd. hijaukan bumi
diterbitkan pada 29 June 2024

Seramai 50 staf STM Sdn. Bhd. telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 29 Jun 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun.

Dasrul Iskandar Darus, Ketua Cawangan Silvikultur Ladang (SILVI) FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan John Cheong, Pengurus Besar (Kewangan) STM. Turut hadir, Giam Say Khoon, Timbalan Pengurus Besar (Komunikasi & Kemampanan) STM.

Cheong mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang yang diberikan. Beliau juga serta berharap aktiviti tersebut dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok dan pemuliharaan alam sekitar.

Mohd Ramly Mohd Saleh dan Amir Sabri Baharom, staf SILVI menyampaikan taklimat keselamatan dan menunjukkan cara penanaman.

Sebanyak 80 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) berjaya ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my