Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Shearn Delamore tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 13 July 2024

Shearn Delamore & Co. mengambil langkah penting ke arah pemuliharaan alam sekitar dengan menyertai program CSR penanaman pokok di Bukit Hari, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 13 Julai 2024.

Dr Rosdi Koter, Ketua Program Ladang Hutan FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan taklimat keselamatan serta demonstrasi teknik penanaman pokok oleh Mohd Ramly Mohd Saleh, petugas Cawangan Silvikultur (SILVI).

Reena Enbasegaram, Penyelaras CSR Shearn Delamore mengucapkan terima kasih atas kerjasama menjayakan aktiviti tersebut.

Ini merupakan tahun ketiga Shearn Delamore menjalankan aktiviti CSR tersebut di FRIM sebagai sumbangan kepada pemuliharaan alam sekitar.

Turut hadir, Jimmy Liew, Rakan Kongsi Shearn Delamore dari Kumpulan Amalan Penyelesaian Pertikaian; Christina Kow, Ketua Kumpulan Amalan Perkhidmatan Kewangan Shearn Delamore; Dasrul Iskandar Darus, Ketua SILVI; dan Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM.

Seramai 16 warga dan ahli keluarga Shearn Delamore berjaya menanam 20 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).


Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my