Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Yayasan Red One adakan CSR di FRIM
diterbitkan pada 27 July 2024

Yayasan Red One telah mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Eco-roots Initiative' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 27 Julai 2024.

Seramai 47 staf bersama ahli keluarga Red One yang diketuai Ketua Tadbir Urus dan Risiko, Caren Lwee disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam FRIM, Maria Arlene Jackan yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan dan taklimat pengenalan FRIM.

Ketua Cawangan Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM, Dr Siti Salwana Hashim memberi taklimat mengenai aktiviti semaian anak pokok dan teori untuk menghasilkan anak pokok yang berkualiti

Seterusnya, peserta menjalani sesi semaian di TSU dalam penyemaian anak pokok jambu bol (Syzygium malaccense) dan rhu bukit (Gymnostoma sumatranum) yang dikendalikan Noraliza Alias, Pegawai Penyelidik FRIM dengan bantuan Mior Muhd. Fizree Najmudin Abd Razak dan urusetia CSR FRIM.

Turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee, yang menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada Yayasan Red One.

Program diakhiri dengan lawatan berpandu ke denai alam untuk melihat pelbagai spesies tumbuhan yang unik dan menarik di FRIM.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my