Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Merck Sharp & Dohme (Malaysia) tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 17 August 2024

Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn Bhd (MSD) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Ogos 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Nur Hajar Zamah Shari, Ketua Program Hutan Asli FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan oleh Sylvia Sze Huey Teh, Pengarah Kad Korporat, Mesyuarat dan Perbelanjaan.

Teh mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang untuk menyumbang kepada alam sekitar sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta kepada semua warga MSD kerana meluangkan masa untuk aktiviti CSR kali ini.

Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM menyampaikan taklimat keselamatan manakala Mohammad Bohari Ehwan, Urusetia CSR menunjukkan cara penanaman. Aktiviti diakhiri dengan taklimat mengenai FRIM oleh Nur Hajar dan tayangan video di Galeri Penyelidikan FRIM.

Sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada jambu bol (Syzygium malaccense), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), meranti langgong (Rubroshorea lepidota) berjaya ditanam oleh 27 peserta.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my