Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Yayasan OSK jayakan CSR 'Eco-Roots Initiative' di FRIM
diterbitkan pada 17 August 2024

Yayasan OSK telah menyertai ganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Eco-roots Initiative' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 17 Ogos 2024.

Program ini melibatkan 38 peserta yang terdiri daripada staf, ahli-ahli keluarga mereka serta penerima biasiswa OSK. Kumpulan yang diketuai oleh Nur Fadhlin Shakina, Pegawai Komunikasi Korporat OSK Group ini disambut oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM yang menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan taklimat mengenai sejarah dan latar belakang FRIM.

Dr Siti Salwana Hashim, Ketua Cawangan Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM pula menyampaikan taklimat teknik menyemai anak pokok dan kaedah menghasilkan anak pokok yang berkualiti.

Para peserta seterusnya menjalankan aktiviti menyemai anak-anak pokok sentul (Sandoricum koetjape), beruas (Garcinia celebica) dan kasai (Pometia pinnata) di TSU yang dikendalikan oleh Noraliza Alias, Pegawai Penyelidik TSU bersama urusetia CSR FRIM.

Mereka juga turut berpeluang melakukan aktiviti 'wildings' anak pokok belian (Eusideroxylon zwageri) dengan bimbingan Mior Muhd. Fizree Najmudin Abd Razak, Pegawai Hutan.

Program ini diakhiri dengan lawatan berpandu ke denai alam untuk melihat fenomena 'crown shyness'.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my