Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PWFRIM tanam pokok di SPF Jeli, Kelantan
diterbitkan pada 07 September 2024

Perkumpulan Wanita Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (PWFRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Jeli, Kelantan pada 7 September 2024 sempena Program Jelajah Restorasi dan Penanaman Pokok PWFRIM.

Program pada 6-8 September ini dihadiri 23 ahli PWFRIM termasuk Pengerusi, Datin Norazian Adam dan Timbalan Pengerusi I PWFRIM, Dr Siti Aisah Shamsuddin.

Aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat penanaman pokok oleh Penyelaras/Pengurus SPF Jeli, Amir Saaiffudin Kassim. Para peserta menanam 50 pokok belian (Eusideroxylon zwageri) di stesen tersebut.

Sejak 2021, PWFRIM telah menanam 372 pokok di SPF Mata Ayer, SPF Selandar, SPF Maran, SPF Pasoh, SPF Bidor, SPF Setiu dan SPF Jeli bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my