Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

EPOMS adakan program CSR 'Living With Nature 2.0' di FRIM
diterbitkan pada 13 September 2024

EPOMS Sdn Bhd telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Eco-roots Initiative' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 13 September 2024 yang bertemakan 'Living with Nature 2.0'.

Program ini bertujuan menunjukkan komitmen EPOMS terhadap alam sekitar dan pada masa yang sama, memberi contoh positif untuk tanggungjawab korporat syarikat.

Seramai 33 staf yang diketuai oleh Zulkarnain Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif EPOMS terlibat dalam program ini. Mereka disambut oleh Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan taklimat mengenai sejarah dan latar belakang FRIM.

Dr Siti Salwana Hashim, Ketua Cawangan Tapak Semaian Utama (TSU) FRIM pula menyampaikan taklimat kepentingan teknik menyemai anak pokok yang betul bagi menghasilkan anak pokok yang berkualiti.

Para peserta seterusnya menjalankan aktiviti penyediaan media tanaman serta menyemai anak-anak pokok beruas (Garcinia celebica) di TSU yang dikendalikan oleh Noraliza Alias, Pegawai Penyelidik TSU bersama urusetia CSR FRIM.

Peserta juga turut berpeluang melakukan aktiviti 'wildings' di dalam hutan FRIM dengan bimbingan Mior Muhd. Fizree Najmudin Abd Razak, Pengawas Hutan.

Selain itu, mereka juga turut dibawa ke denai alam untuk melihat fenomena 'crown shyness' diiringi oleh jurupandu alam FRIM.

Sumber: FRIM

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my