Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Inisiatif Hijau: Teraju Pharma Sdn Bhd tanam pokok di FRIM
diterbitkan pada 21 September 2024

Seramai 23 staf Teraju Pharma Sdn Bhd yang diketuai Ketua Jawatankuasa Kelestariannya, Wendy Sia Bee Ping telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 21 September 2024.

Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut dimulakan dengan lawatan ke Galeri Penyelidikan FRIM dan ucapan alu-aluan oleh Maria Arlene Jackan, Pegawai Perhubungan Awam FRIM.

Sia mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana yang sudi meluangkan masa untuk menyertai aktiviti tersebut. Beliau turut berkata aktiviti ini bukan sahaja menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok malah menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SGD) seperti mengurangkan kesan rumah hijau, pemuliharaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam.

Mohd Nizam Achin, staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM seterusnya memberikan taklimat keselamatan serta menunjukkan teknik penanaman di lokasi penanaman.

Sebanyak 40 pokok, termasuk meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), merawan siput jantan (Hopea odorata), merawan penak (Hopea mengarawan), kasai (Pometia pinnata), mahkota dewa (Phaleria macrocarpa), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), nyatoh putih (Palaquium obovatum) dan keladan (Dryobalanops oblongifolia) berjaya ditanam.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my