Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM, JPNP, Komuniti Our Lady of Fatima tanam 200 pokok
diterbitkan pada 10 August 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Komuniti Our Lady of Fatima telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 10 Ogos 2024 di Hutan Simpan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Turut hadir, Siti Dessyma Isnani, Ketua Seksyen (Teknologi Bahan Tanaman) JPSM; Muhamat Azman Yahya, Pegawai Hutan Daerah Bentong; dan Rev. Fr. Andrew Manickam daripada Komuniti Our Lady of Fatima.

Amirul Anwar Shamsor, Penolong Pemeliharan Hutan JPNP menyampaikan taklimat mengenai Program Penghijauan Malaysia dan cara penanaman pokok kepada peserta.

Seramai 80 warga komuniti yang berumur 3-80 tahun telah menyertai aktiviti tersebut yang diadakan sempena sambutan program 'World Day of Grandparents and the Elderly 2024'.

Mereka menanam 200 pokok yang terdiri daripada spesies keladan (Dryobalanops oblongifolia), jelutong (Dyera costulata), merbau (Intsia palembanica), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan meranti mengkai (Anthoshorea bentongensis).

Para peserta juga terlibat dalam aktiviti tapak semaian seperti menabung anak benih di Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman Lentang, Pahang.

Di Makmal Teknologi Biji Benih, Sapari Mat dan Rasyiffa Hayati Rasidan menyampaikan taklimat berkenaan prosedur pengujian biji benih, pembiakan bahan tampang dan demostrasi kultur tisu.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam setiap individu terlibat terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam selaras dengan objektif Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my