Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM, JPWP, TESB tanam pokok di TERKL
diterbitkan pada 17 August 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dan Terra Energy Sdn Bhd (TESB) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 17 Ogos 2024 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), Hutan Simpan Bukit Nanas.

Turut hadir, ialah Dato' Mohd Rahim Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) JPSM; Siti Dessyma Isnani, Ketua Seksyen (Teknologi Bahan Tanaman), Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan JPSM; Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP; dan Mohd Faridza Mohd Adnan, Pengarah Pengurusan TESB.

Md Nurrahiem Mohd Ali, Penolong Pegawai (Perhutanan Tani), Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan JPSM telah menyampaikan taklimat mengenai spesies-spesies pokok dan kaedah penanaman.

Seramai 21 staf syarikat TESB terlibat dalam penanaman 21 pokok spesies tongkat ali (Eurycoma longifolia), perah ikan (Pimelodendron griffithianum), karas (Aquilaria malaccensis) dan kulim (Scorodocarpus borneensis). Mereka juga melawat denai hutan dan 'Tree Top Walk' di TERKL.

Program ini mencerminkan kerjasama kukuh antara ketiga-tiga pihak dalam menyokong objektif Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan memelihara kawasan litupan hijau dan hutan untuk konservasi ekosistem dan biodiversiti.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my