Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPN Kedah & RAMD tanam 500 pokok di Jitra
diterbitkan pada 30 July 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPN Kedah) dan Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena Hari Ulang Tahun Pasukan 6 RAMD ke-72 pada 30 Julai 2024 di Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam, Jitra, Kedah.

'Program 500 Pokok Untuk Branee Matee' ini dihadiri oleh Muhammad Abdullah, Pengarah JPN Kedah dan Leftenan Kolonel Muhammad Bashiruddin Jamaludin, Pegawai Memerintah Kem Batalion Ke-6 RAMD.

Sebanyak 500 pokok daripada kerdas (Archidendron bubalinum), asam gelugor (Garcinia atroviridis), sentul (Sandoricum koetjape), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), merawan siput jantan (Hopea odorata), merbau (Intsia palembanica), jati (Tectona grandis) dan kundang rumania (Bouea oppositifolia) ditanam oleh 500 anggota tentera RAMD.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar serta mempereratkan kerjasama antara JPN Kedah dan RAMD.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Keda

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my