Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPJ Kedah tanam 300 pokok, sokong Program Penghijauan Malaysia
diterbitkan pada 07 August 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPN Kedah) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Kuarters JPJ, Suka Menanti, Alor Setar pada 7 Ogos 2024 bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Turut hadir, Muhammad Abdullah, Pengarah JPN Kedah dan Stien Van Lutam, Pengarah JPJ Kedah.

Seramai 50 staf JPJ Kedah telah menanam 300 pokok yang terdiri daripada spesies asam gelugor (Garcinia atroviridis), merawan siput jantan (Hopea odorata), sentul (Sandoricum koetjape), jambu mawar (Syzygium jambos), jambu air (Syzygium aqueum) dan kundang rumania (Bouea oppositifolia).

Aktiviti ini mencerminkan komitmen kedua-dua jabatan dalam menyokong usaha kerajaan dalam menangani perubahan iklim dan pemuliharaan biodiversiti. Dengan sokongan dan penglibatan pelbagai pihak, diharapkan program sebegini ini dapat diteruskan dan diperluas lagi pada masa akan datang.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my