Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNPP, FRIM, SID, Jabil Malaysia tanam 200,000 pokok di Pulau Pinang
diterbitkan pada 22 April 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Malaysia (FRIM), Silicon Island Development (SID) dan Jabil Malaysia telah mengadakan aktiviti penanaman pokok sempena Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari di Pulau Pinang pada 22 April 2024.

Program anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diilhamkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Bumi serta mensasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi 'Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Tempoh Satu Hari'.

Program ini turut melibatkan penyertaan 650 peserta yang terdiri daripada FRIM, SID, Jabil Malaysia, Penang Infrastructure Corporation (PIC), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perikanan, Benchmark Electronics, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Unit Nelayan Kuala Muda.

Sebanyak 200,000 pokok api-api (Avicennia spp.) telah ditanam di Hutan Simpan (HS) Pasir Gebu, Teluk Malas, Seberang Perai Utara manakala, 20,000 pokok bakau (Rhizophora spp.) ditanam di HS Balik Pulau, Pantai Malindo, Balik Pulau.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my