Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

SM Chung Hua Port Dickson tanam 50 pokok bakau
diterbitkan pada 04 May 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) dengan kerjasama Sekolah Menengah Chung Hua Port Dickson telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena Program Pendedahan Kepada Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Laut pada 4 Mei 2024 di Hutan Simpan Paya Bakau, Jimah, Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan 80 pelajar dan enam guru yang diketuai oleh Lim Kim Onn, Guru Penolong Kanan sekolah.

Mereka telah menanam 50 pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) di tepi anak sungai yang merupakan kawasan paya bakau yang telah diceroboh semasa pembinaan pangkalan bot.

Ali Gema Hidayatullah Zainal, Penolong Pegawai Ladang Hutan JPNNS menyampaikan taklimat mengenai Program Penghijauan Malaysia dan kepentingan ekosistem hutan paya laut.

Pihak sekolah dan jabatan berharap agar pelaksanaan program ini dapat menyumbang kepada pencapaian objektif Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula jadi di samping memulihkan kawasan ceroboh di Hutan Simpanan Kekal.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my