Seramai 20 peserta Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau telah menyertai aktiviti penanaman pokok di Pantai Cermin, Port Dickson pada 16 Mei 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Program jelajah anjuran Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bersama Pertubuhan Nadi Sihat ini bermula dari Tanjung Piai (14 Mei 2024) dan berakhir di Kangar, Perlis (24 Mei 2024).
Program tersebut mempromosi tiga teras, iaitu Agenda Perpaduan dan Integrasi Nasional, Program Penghijauan Malaysia dan Tahun Melawat Perlis.
Mereka disertai 60 wakil-wakil Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) dan Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang dalam penanaman 30 gajus (Anacardium occidentale) dan 20 rhu pantai (Casuarina equisetifolia).
Turut hadir, Hamidi Abdul Halim, Pengarah JPNNS; Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Sihat; Nurrul Aini Janah, wakil MPPD; dan Fadhlan Aris, Pensyarah KPM Beranang.
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
hello100jutapokok@nres.gov.my