Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau tanam 20 pokok sentul
diterbitkan pada 22 May 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah menganjurkan Program Kembara Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam bagi para peserta Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau pada 22 Mei 2024 di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Acara ini merupakan salah satu pengisian Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau yang diadakan pada 14–24 Mei 2024 bermula di Tanjung Piai, Johor sehingga ke Kangar, Perlis sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024.

Seramai 60 hadirin yang terdiri warga JPNPP, peserta Kayuhan Perpaduan, Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPs) dan Pertubuhan Nadi Sihat telah menanam sebanyak 20 batang pokok sentul (Sandoricum koetjape) dalam program ini.

Sesi flag off bagi perjalanan seterusnya disempurnakan oleh Muhammad Ezhar Yusuf, Pengarah JPNPP bersama dengan Ag Shaffie Ag Ahmadni, Pengarah JPNPs.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Kenali pokok kita
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my