Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

KESAN NS tanam pokok di Port Dickson
diterbitkan pada 29 June 2024

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Negeri Sembilan (NS) telah menanam 150 pokok dalam Program CSR Penanaman Pokok anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JANM NS (KESAN NS) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) negeri tersebut pada 29 Jun 2024 di PD Forest @ Sungai Menyala, Port Dickson.

Taklimat penanaman pokok disampaikan oleh Nuazri Sedik, Penolong Pengarah (Silvikultur dan Perlindungan Hutan), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

Turut hadir, Rosnani Ahmad @ Mohammad, Pengarah JANM NS; Muhammad Zawawi Ayub, Presiden KESAN NS; dan Syafinaz Iqbal, Ketua Pengurusan Perniagaan BSN.

Seramai 100 staf JANM NS dan BSN telah menaman pokok-pokok yang terdiri daripada meranti tembaga (Rubroshorea leprosula), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata) dan meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii).

Program CSR tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli KESAN NS tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan hutan serta memberi sokongan kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my