Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPNNS, UiTM Seremban tanam 100 pokok
diterbitkan pada 12 June 2024

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban telah menjalankan aktiviti penanaman pokok sempena Program Khidmat Masyarakat (CSR) (TREEVOLUTION: TREE PLANTING) pada 12 Jun 2024 di Hutan Simpan Serting.

Program ini merupakan komitmen UiTM terhadap Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Program tersebut dimulai dengan taklimat Program Penghijauan Malaysia oleh Nuazri Sedik, Penolong Pengarah (Silvikultur & Perlindungan Hutan) JPNNS, diikuti dengan penanaman 100 pokok meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan meranti melantai (Rubroshorea macroptera) oleh Dr Farah Murni Merican, Pensyarah UiTM bersama 29 mahasiswa kursus Project Management (ADS512).

Turut hadir, Mohd Fadli Md Hamid, Penolong Pemelihara Hutan/RH Renj Hutan Jempol.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my