Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

JPSM promosi Program Penghijauan Malaysia di KSSB
diterbitkan pada 24 June 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pada 24 Jun 2024 bagi mempromosikan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Kunjungan tersebut diadakan sempena Program Sambutan Kempen Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (KKPP) 2024 KSSB.

Sesi taklimat mengenai Program Penghijauan Malaysia disampaikan oleh Muhamad Hafni Ahmad Saraji, Ketua Seksyen (Perhutanan Tani dan Penghutanan Semula) JPSM manakala Mohd Zuhir Ahmad Mustafa Khalili, Penolong Pengarah (Penghutanan Semula) JPSM membuat demonstrasi penanaman pokok.

Mohd Bazli Kamin, Ketua Pegawai Kewangan KSSB; Mohamad Hisham Mohamad Ghaus, Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan; Mohd Nizam Mohd Ishak, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pemasaran; dan Ahmad Hakimi Abd Hamid turut hadir bagi menyemarakkan sesi ini dengan menanam pokok sebagai tanda sokongan dan komitmen KSSB.

Sebanyak 250 pokok limau kasturi (Citrus microcarpa), limau nipis (Citrus aurantifolia), lemon (Citrus limon), kari (Murraya koenigii) dan ceri barbados (Malpighia emarginata) diagihkan kepada staf KSSB bagi mempromosikan kempen.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my