Seramai 34 peserta 'Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) New Joiner Field Trip' dari lima negara telah menyertai aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 10 Oktober 2024.
Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM memberikan taklimat mengenai program penanaman pokok dan menekankan kepentingan FRIM dalam pemuliharaan hutan serta peranannya dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Mohd Ramly Mohd Saleh dari Cawangan Silvikultur Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM menunjukkan kaedah penanaman yang betul.
Mursalin Hasmin, Pengurus Kanan RSPO dari Indonesia menyatakan penghargaan atas peluang untuk menyumbang kepada Program Penghijauan Malaysia melalui inisiatif ini. Beliau berkata, kerjasama seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan usaha serantau ke arah kelestarian alam sekitar tetapi juga selaras dengan komitmen RSPO dalam mempromosikan amalan mampan.
Peserta dari Malaysia, Colombia, Indonesia, Belanda dan Belgium telah menanam 40 pokok yang terdiri daripada spesies meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata) dan meranti tembaga (Rubroshorea leprosula).
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my