Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

UMK Jeli tanam pokok di SPF Jeli
diterbitkan pada 10 October 2024

Seramai 65 pelajar dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli telah menjalankan aktiviti pengukuran dan penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) di Jeli, Kelantan pada 10 Oktober 2024.

Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Amir Saaiffudin Kassim, Pengurus SPF Jeli menyampaikan taklimat serta menunjukkan cara penanaman pokok

Mereka telah menanam 110 pokok kapur (Dryobalanops aromatica) dan keladan (Dryobalanops oblongifolia) di SPF Jeli bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok termasuk 60 pokok keladan sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Para pelajar merupakan peserta Program Wacana Ilmu Biodiversiti Kelantan yang dianjurkan oleh FRIM dengan kerjasama Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK Kampus Jeli yang bertujuan menyebarluas maklumat biodiversiti dalam kalangan peserta.

Sumber: FRIM

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my