Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuala Lumpur telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 9 November 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan Mohd Fuad Jamel, Ketua, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk BSN.
Mohd Fuad mengucapkan terima kasih kepada FRIM atas peluang menyumbangkan kepada kempen tersebut. Beliau juga berharap aktiviti tersebut akan dapat meningkatkan kesedaran staf BSN terhadap kepentingan penanaman pokok dan pemuliharaan alam sekitar bagi generasi akan datang.
Staf Cawangan Pengurusan Hutan FRIM, Mohd Nizam Achin memberikan taklimat keselamatan dan menunjukkan cara penanaman kepada 36 staf BSN yang menghadiri aktiviti tersebut.
Seterusnya, para peserta menanam sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada gapis (Saraca declinata), merawan siput jantan (Hopea odorata), engkabang (Rubroshorea macrophylla), meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii), nyatoh taban merah (Palaquium gutta), chengal (Neobalanocarpus heimii), damar hitam pipit (Richetia multiflora) dan jambu bol (Syzygium malaccense).
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my