Seramai 60 peserta bersama kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menghadiri ceramah awam bertajuk 'Soil & Sensibility' pada 30 November 2024 yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Tanah Sedunia.
Ceramah anjuran bersama oleh FRIM dan Persatuan Sains Tanah Malaysia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee. Turut hadir, saintis tanah FRIM, Mohamad Fakhri Ishak dan Pegawai Media, Lim Chung Lu.
Saintis tanah FRIM, Dr Jeyanny Vijayanathan dan Presiden MSSS, Prof. Madya Dr Rosazlin Abdullah dari Universiti Malaya, menyampaikan pembentangan mengenai pengurusan tanah secara mampan dan kesihatan tanah.
Para peserta dari United Kingdom, India, Indonesia dan Malaysia juga diberi anak-anak pokok rhu bukit (Gymnostoma sumatranum), merawan siput jantan (Hopea odorata) dan jambu bol (Syzygium malaccense) untuk ditanam di kediaman masing-masing sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my