Ahli-ahli Kelab Basikal Lasak (Mountain Bike, MTB) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Stesen Penyelidikan FRIM di Selandar (SPF Selandar), Melaka pada 30 November 2024.
Aktiviti yang disertai 20 ahli diketuai presiden kelab, Dasrul Iskandar Darus yang juga merupakan Penyelaras SPF Selandar. Program ini bertujuan memupuk minat peserta untuk mengamalkan aktiviti kayuhan secara sihat, selain memberi peluang untuk mengenali tempat-tempat bersejarah di Negeri Melaka serta menyumbang kepada Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Dasrul menyampaikan taklimat mengenai stesen tersebut manakala Abdul Hayat Mat Saad, Arboris FRIM memberi panduan cara penanaman.
Sebanyak 10 pokok buah nadir yang terdiri daripada mertajam (Lepisanthes rubiginosa), sentul (Sandoricum koetjape), temponek (Artocarpus rigidus), jambu bol (Syzygium malaccense) serta binjai (Mangifera caesia) berjaya ditanam melalui aktiviti tersebut.
Ahli-ahli kelab turut berbasikal dari Bandar Hilir Melaka ke Pantai Klebang dan melawat Muzium Kapal Selam Melaka.
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my