Seramai 150 sukarelawan daripada tiga institusi pendidikan, sebuah badan bukan kerajaan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menanam 200 pokok di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Selandar, Melaka pada 7 Disember 2024.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Melaka bersama FRIM yang diadakan sempena sambutan Hari Sukarelawanan Belia Peringkat Melaka ini dirasmikan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Melaka.
Pokok-pokok ditanam terdiri daripada meranti temak nipis (Anthoshorea roxburghii) dan merawan siput jantan (Hopea odorata) yang ditaja oleh Kuala Lumpur Business Club (KLBC).
Turut hadir, Mohamad Mazlan Anis, Pengarah JBSN Melaka; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang, Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM; Datuk Fairul Nizam Roslan, ADUN Asahan, juga EXCO Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka; Datuk Rohizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin; Toh An Nee, Ketua Komunikasi Korporat FRIM; Nur Shifatil Ulya Sidek Omar, Penolong Pengarah Taman Negeri Jabatan Perhutanan Melaka; serta Raja Shahrezal Raja Azhar, Setiausaha Kehormat, Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh, Asahan Melaka.
Dasrul Iskandar Darus Ahmad, Ketua Cawangan Silvikultur Ladang FRIM yang juga merupakan Penyelaras SPF Selandar memberi keterangan kepada para peserta tentang plot-plot kajian penanaman pokok hutan ladang di situ, manakala Abdul Hayat Mat Saad, Pakar Arborist FRIM pula menyampaikan taklimat kaedah penanaman pokok yang betul.
Sempena program ini, pihak Gerakan Belia 4B Malaysia, Kawasan Jasin turut mengadakan pertandingan fotografi yang bertemakan: Tanah, Pokok, Langit.
Program ini disertai oleh Institut Kemahiran MARA, Jasin; Institut Latihan Perindustrian Selandar; UiTM Jasin; MAYC Simpang Bekoh; dan Gerakan Belia 4B Malaysia (Kawasan Jasin).
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my