San Soon Seng Food Industries Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 7 Disember 2024 bagi menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Lim Chung Lu, Pegawai Media FRIM menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan Derek Liew Kuo Shin, Pengurus Besar Kilang.
Liew berkata beliau berharap aktiviti tersebut akan dapat meningkatkan kesedaran staf terhadap pentingnya penanaman pokok untuk dan pemuliharaan alam sekitar.
Wakil Cawangan Silvikultur Ladang FRIM, Mohd Ramly Mohd Saleh memberikan taklimat keselamatan dan menunjukkan cara penanaman.
Seramai 26 staf telah menanam 40 pokok kelempayan (Neolamarckia cadamba).
Mereka juga melawat Jejantas Rimba (Forest Skywalk) selepas aktiviti penanaman
Sumber: FRIM
hello100jutapokok@nres.gov.my