Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Peserta Program Pemukiman Pengurusan JPSM 2024 tanam 58 pokok
diterbitkan pada 08 September 2024

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan aktiviti penanaman pokok bersempena dengan Program Pemukiman Pengurusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 8 September 2024 di PD Forest Sg. Menyala, Negeri Sembilan.

Program tersebut bertujuan mengkaji semula visi, misi, pelan strategik JPSM dan Piagam Pelanggan JPSM bagi menilai pencapaian serta keberkesanan fungsi jabatan.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merasmikan program tersebut. Turut hadir, Dato' Zahari Ibrahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia; Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRES; dan Siva Kumar Solay Rajah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES.

Tiga pokok karas (Aquilaria malaccensis) telah ditanam oleh tetamu kehormat sebagai simbolik perasmian.

Warga JPSM juga menanam 55 pokok nadir yang terdiri daripada spesies melinjau (Gnetum gnemon), perah (Elateriospermum tapos), jentik-jentik (Baccaurea polyneura), tampoi (Baccaurea macrocarpa), mentega (Diospyros blancoi), kedondong (Spondias pinnata), kecupu (Garcinia prainiana), petai (Parkia speciosa), kandis (Garcinia parvifolia), putat (Barringtonia sp.) dan marang (Artocarpus odoratissimus).

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my