Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

PETRONAS sokong Program Penghijauan Malaysia, tanam 50 pokok
diterbitkan pada 28 September 2024

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dan telah mengadakan aktiviti penanaman pokok di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL), Hutan Simpan Bukit Nanas bagi menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Aktiviti pada 28 September 2024 ini diadakan bersempena dengan Program Instrument & Control Back to Nature.

Turut hadir, Dato' Samsu Anuar Nawi, Pengarah Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan JPSM; Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah JPWP; M Feizal M Ghazali, Ketua Bahagian Kejuruteraan Instrumensi PETRONAS; dan Rasidi Mohamed, Custodian Bahagian Kejuruteraan Instrumensi PETRONAS.

Seramai 100 peserta PETRONAS telah menanam 50 pokok yang terdiri daripada spesies tongkat ali (Eurycoma longifolia), kulim (Scorodocarpus borneensis) dan keranji (Dialium indum).

Para peserta juga berpeluang untuk melawat denai hutan dan 'Tree Top Walk' di TERKL.

Samsu Anuar berkata beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada semua pihak terlibat dan generasi akan datang.

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my