Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Public Bank, YHM, JPNPk tanam pokok di HS Tanjung Burung
diterbitkan pada 22 June 2024

Kumpulan Public Bank dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah menanam 900 pokok yang terdiri daripada spesies bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (Rhizophora mucronata) di Hutan Simpan (HS) Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak pada 22 Jun 2024.

Program melibatkan 60 sukarelawan yang terdiri daripada staf pelbagai cawangan Public Bank di sekitar Perak termasuk Ipoh, Pantai Remis, Manjung, Setiawan dan Bidor.

Penglibatan Kumpulan Public Bank menunjukkan komitmennya mereka dalam menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan kawasan berhutan.

Secara keseluruhan, Kumpulan Public Bank telah menanam 1,000 pokok dengan 100 pokok hutan ditanam di HS Bukit Cherakah, Selangor, pada 20 Januari 2024.


Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my