Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Sun Life Malaysia, YHM, JPNS tanam 500 pokok di HS Bukit Lagong
diterbitkan pada 29 June 2024

Sun Life Malaysia, Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menjayakan program penanaman pokok di Hutan Simpan (HS) Bukit Lagong, Selangor pada 29 Jun 2024.

Sebanyak 500 anak pokok hutan ditanam oleh 70 sukarelawan Sun Life Malaysia termasuk nyatoh taban merah (Palaquium gutta), nyatoh tembaga (Palaquium maingayi), merawan siput jantan (Hopea odorata), kapur (Dryobalanops aromatica), meranti tembaga (Rubroshorea leprosula) dan meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata).

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Sun Life Malaysia terhadap Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan penanaman 2,000 pokok sejak 2022.

Program ini bukan sahaja menyumbang kepada penghijauan tetapi juga menggalakkan syarikat korporat untuk terlibat dalam usaha menjaga alam sekitar demi masa depan yang lebih mampan.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my