Hak Cipta © 2025, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

YHM, JPS, Wiwynn Technology Service tanam 20,000 pokok di HS Tawau
diterbitkan pada 27 July 2024

Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dan Wiwynn Technology Service Malaysia Sdn Bhd telah bekerjasama untuk menanam 20,000 pokok bakau di Hutan Simpan (HS) Tawau, Sungai Mangkalitan, Tawau, Sabah pada 27 Julai 2024.

Kerjasama strategik penanaman pokok tersebut diadakan sempena sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa serta menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.

Majlis penanaman tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Norsham Abdul Latip yang mewakili Menteri NRES, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir, Ketua Konservator Hutan JPS, Datuk Frederick Kugan; Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Ts. Dr Nurul Muiz Murad; dan Pengurus Besar Wiwynn Technology Service Malaysia, Dover Liu.

YHM dan JPS juga bertukar dokumen memorandum persefahaman dalam kerjasama penanaman pokok bakau di Sabah pada majlis tersebut.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my