Petron Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) telah menanam 500 pokok bakau yang terdiri daripada spesies bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (Rhizophora mucronata) di Hutan Simpan (HS) Tanjung Burung, Pantai Remis, Perak pada 21 Ogos 2024.
Aktiviti penanaman tersebut diadakan sempena Jelajah Aspirasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Bersama Petron Peringkat Negeri Perak.
Seramai 108 peserta yang terdiri daripada staf Petron Malaysia dan RTM terlibat dalam aktiviti tersebut yang menyokong Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Turut hadir, Pegawai Hutan Daerah Kinta/Manjung Perak, Azqan Dalila Ahmad Tajudin; Pengurus Operasi Terminal, Petron Fuel International Sdn Bhd, George Zachariah; ahli-ahli Sustainability Council Petron Malaysia serta pegawai-pegawai JPNPk dan YHM.
Petron Malaysia telah menanam 600 pokok di Petron's Green Lung, Port Dickson pada 6 Jun 2024.
Sumber: Yayasan Hijau Malaysia
hello100jutapokok@nres.gov.my