Hak Cipta © 2024, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam Program Penghijauan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Malaysia
#PokokKitaKehidupanKita
#OurTreesOurLife
Dikuasakan oleh MyBIS
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Ganjaran

Dapatkan ganjaran berikut apabila anda mendaftar penanaman pokok dalam kempen ini
31 rekod

F.A.Q berkaitan Ganjaran
1) Adakah saya akan dapat sebarang ganjaran daripada kempen ini?
Ya. Anda boleh mendapatkan ganjaran berikut apabila anda mendaftar penanaman pokok dalam kempen ini. Ganjaran tersebut boleh didapati dalam aplikasi Penghijauan Malaysia pada paparan Ganjaran.
2) Adakah sekolah, universiti, agensi, organisasi atau syarikat boleh menuntut ganjaran melalui akaun individu?
Akaun yang didaftarkan untuk sekolah, universiti, agensi, organisasi atau syarikat tidak boleh menuntut ganjaran yang ditawarkan kepada akaun individu.
3) Apakah saya boleh mendapat pelepasan cukai sekiranya menyertai Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta ini?
Individu atau syarikat swasta yang menyalurkan sumbangan dana kewangan (penajaan) kepada Yayasan Hijau Malaysia berpeluang untuk mendapat potongan cukai yang ditawarkan oleh Yayasan Hijau Malaysia di bawah Sub-Seksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967 dimana pengecualian cukai sebanyak 10% bagi syarikat korporat daripada jumlah pendapatan agregat tahunan dan 10% bagi individu daripada jumlah pendapatan tahunan.
3 rekod
Dasar Perhutanan Malaysia
Dasar ini akan merangkumi pengurusan hutan secara berkekalan, pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian biologi, mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, mengaplikasi teknologi perhutanan terkini, memperkasa penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian maklumat.
ISBN 9789670250403   •   Kementerian Tenaga dan Sumber Asli   •   2021
Penghijauan Malaysia
Muat turun aplikasi peranti mudah alih Penghijauan Malaysia. Daftar pokok yang ditanam, kumpul lencana (badges) dengan laksanakan tugasan (task), dapatkan mata ganjaran (points) dan nikmati ganjaran (rewards) yang ditawarkan.
Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam tidak akan bertanggungjawab diatas maklumat yang diperolehi dari laman-laman pihak ketiga yang tidak ada perjanjian kerjasama dengan pihak kami.
Paparan terbaik melalui Mozila Firefox, Google Chrome atau Microsoft Edge terkini dengan resolusi 1024px x 768px dan ke atas. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh diemailkan ke hello100jutapokok@nres.gov.my